Tuesday, April 29, 2008

Jom buru alien


Nampak gayanye minggu nih tamatlah siri Musafir (Season One..cewah) aku tu. Skang nih aku tengah pulun bikin satu lagi komik bertajuk AlienMustDie. Cerita pasal kedatangan spesis alien kebumi, pastu siap nak bolot dok sensorang spesis depa je. Yang lain boleh blah, termasuklah spesis manusia. Apalagi keluarlah sipemburu alien yang hebat nak halang agenda depa tu. Dia ni pun freelancer je nak cari makan, kalu xde alien soru pun miss lah. Kesian btul.. tapi sebenarnya dia ade satu rahsia tentang aliens nih. Nak tau apa dia.. kena la layan Kosmo hari-hari. Aku pun tengah pening nak menyetelkan komik nih. Apepun layan jelah..

Monday, April 28, 2008

Makan Apple

Alhamdulillah...setelah sekian lama berusaha dengan penuh kesabaran akhirnye pada Jumaat lepas (25/4/08) secara rasminye aku telah berjaya memiliki laptopku yang pertama: Macbook Pro 15.4"(OS X v10.5.2, 2.4GHz,Intel Core 2 Duo, Nvidia). Biarpun kosnya boleh dianggap gile dan membazir bagi sesetengah orang, tapi kepuasan dari segi kualiti dan hasil kerjanya adalah lebih penting bagi aku. Ia juga merupakan sebahagian daripada impianku selama ini. Mac mini (first generation) yang kumiliki 3 tahun lepas masih tetap gagah bekerja untukku. Cuma kadangkala aku perlukan sebuah mesin yang dapat membantuku takala aku sibuk bergerak kehulu-kehilir dengan pelbagai urusan. Diwaktu yang sama kerja-kerja komik dan grafik aku masih dapat diselesaikan mengikut dateline nya. Kini aku bebas untuk berkarya dimana saja dan pastinya ia akan menambah semangatku untuk berkarya dan menerobos dunia IT dengan lebih mendalam lagi.

Sunday, April 13, 2008

La..la..la..kerja

Hari nih hari minggu, hari bersantai bersama keluarga tercinta (sepatutnyela). Tapi hari nih aku kena standby kt opis ade job urgent, hampeh tull... dah la masa nak pegi tu hujan (bukan band indie Hujan tu) lebat, boring betul nak gi. Tanggungjawab punye pasal buat dekk jela. Tapi ade yang agak menggembirakan sikit aku hari nih. Menurut satu sumber kuat dari Kosmo!, mengatakan depa kat Kosmo! suke komik Musafir aku tuh, dan meminta agar disambung komik berkenaan.. peh! syoknye hati ini. Kembang kejap ketiak aku, lupe kejap segala ketensenan kerje. Rasa amat dihargai segala penat lelah.  Alhamdulillah semoga semua komik2 aku dapat diterima dan disukai oleh semua orang serta suksess selalu...aminnn

Friday, April 4, 2008

Gedung ilmu

Nih la dia sebahagian daripada koleksi artbook aku yang semakin hari semakin bertambah jumlahnye. Semakin banyak modal aku kene keluarkan untuk merembatnye. Tulaa.. dulu suruh skolah betul-betul tanak, skang dah kena beli buku sendiri untuk cari ilmu. Bukan ape dulu aku tanak la bebankan arwah orang tua aku untuk keluarkan belanje besar masuk U. Selagi ade kemahuan mahu belajar, usia dan masa bukanlah halangan. Skang nih pun aku belajar sendiri melalui buku2 yang aku beli nih, bebaloi la collect bebuku nih ade gak hasilnye. Antaranye Art of Darkness, Metal Gear Solid, Spectrum, Art of Hellboy, Korean Illustrations, Busin (katsuya terada), Oxide (Hyung Tae Kim) dan banyak lagi la, tak ingat...

Exotique lagi..

Hari Khamis lepas aku ronda Borders tapi takde buku yang menarik. Pekena Kuetiow Sup Ipoh kat Low Yat  pastu gi Basheer. Fuh Exotique yang first ade balik, terus aku rembat untuk lengkapkan koleksi artbook Exotique 1,2,3 aku. Era digital painting nih memang ramai artist yang tukar medium tradisional ke digital. Selain dapat jimatkan kos peralatan kaler, cara tu bleh "Undo" sebarang kesilapan dan tak comotkan tangan seni kita. Apapun, basic asas melukis dan mewarna kena la ade biar apa pun medium kita pakai. Kalu tak hampeh gak...

Printing punye pasal

Dah beberapa hari sejak komik Musafir keluar kat Kosmo!, aku dapati kadangkala kualiti printingnye agak mengecewakan skit. Tapi bende nih biasa la untuk suratkhabar, berbeza ngan kualiti printing magazine yang guna paper cantik skit. Jadi beberapa efek yang aku buat tak nampak sangat lah. Takpe  lain kali tau la aku nak kontrol camne. Feedback yang aku dapat daripada kengkawan pasai komik aku tu pun positif gak, so pasni kena la kerje keras skit untuk bikin komik yang best...