Friday, June 27, 2008

Sketch baru


Aku agak sibuk kebelakangan nih, try rileks kan kepala kejap sambil layan movie "KungFu Panda". Kisah menarik pasal sekor beruang panda boroi yang minat giler seni kungfu dan akhirnya jadi pendekar terhebat. Best gak cerita hasil keluaran Dreamwork kali nih. DVD "Supernatural: Season 2" pun sampai skang aku blum abih layan. Bila nak habih, ntah. Kekadang memang payah nak elak penyakit malas yang sering menyerang kita sewaktu berkarya. Tapi kalau dilayan lagilah betambah parah. Jadi janganlah diikutkan sangat mood tu. Fokus dan teruskan usaha...ujar aku kepada diriku sendiri. Skang aku tengah menyiapkan karektor2 untuk komik aku selanjutnya. Komik cerita yang macamana, tunggu jela...

Jalan-jalan cari buku



Kali ni aku nak kongsi dua buah buku menarik yang aku jumpa bertajuk "20th Century Military Uniforms" dan "Modern Masters Volume Twelve: Michael Golden".  20th CMU tu aku tak tau la apa cerita yang terkandung dalam buku tu sebab bertranslet dalam bahasa cina. Itu suma aku tak peduli la sebab illustrasinya memang best giler. Suma pakaian tentera dari pelbagai negara cam Germany, Rusia, Japan, Malaya pun ade sekitar tahun 1930-1980an. Keluaran Amber Books Ltd, London (2004). Buku setebal 312 muka surat nih memang sesuai untuk reference dan koleksi peminat "Combat" cam aku nih. Satu lagi bertajuk MMVT: Michael Golden, nama yang memang otai bagi peminat komik luar negara.  Menghimpunkan koleksi artwork b/w nya yang power-mower tu, dan pernah terpublish kat Marvel, DC, Wildstorm dan lain2 penerbitan lagi. Artworknya memang aku suka, lebih2 lagi masa dia lukis komik siri perang "The 'Nam" dulu. Cukup detail dan power betul adunan b/w nya.

Saturday, June 7, 2008

Aliens berakhir...


Kini tamatlah sudah komik Aliens Must Die setelah bersiaran selama 30 siri. Sepanjang proses pembikinan komik itu, siri ke 26 hingga 30 merupakan proses yang cukup mencabar aku. Pelbagai rintangan, dugaan, fizikal, mental,emosi dan teknikal terpaksa aku lalui. Sehingga aku rasa cukup tertekan dan enggan meneruskan pembikinan komik tersebut. Sangat hebat dugaan itu hingga tak mampu kuceritakan disini. Tetapi aku kuatkan juga semangat dan azam sehingga akhirnya dapat juga aku tamatkan siri komik tersebut. Tahniah kepada diriku sendiri kerana berjaya mengharungi rintangan dalam meneruskan kerjaya komik ini. Dalam kehidupan kita seharian, kita juga pasti berdepan dengan pelbagai dugaan yang tak terduga. Seharusnya kita bijak mengawal emosi dan keadaan. Gunakan pertimbangan akal fikiran dan kebijaksanaan kita sepenuhnya dalam membuat sebarang tindakan dan keputusan. Alangkah ruginya sekiranya kita hanya menurut telunjuk emosi dan hawa nafsu yang bakal menjerumus kita ke alam kehampaan dan kekecewaan. 

Broadband la weii..


Dunia teknologi kini semakin canggih, kita juga seharusnya bergerak seiring arus kemodenan hari ini. Untuk memudahkan lagi aku mengekses email atau mencari maklumat terkini, aku telah mencuba produk Celcom Broadband. Keputusan ini dibuat setelah aku membuat servey pelbagai jenama yang menawarkan khidmat internet. Dengan kelajuan 3.6Mbps proses download dan membuka laman web berjalan dengan lancar. Design modemnya comel, mudah dibawa kemana saja dan boleh melayari internet bebila masa je. Cuma proses upload file slow skit time hujan atau time traffic line bizi. Keseluruhannya bebaloi gak la pakai menda nih, satakat ni laa... yang penting kerja semakin lancar dan dunia kini berada dihujung jari anda sahaja.