Wednesday, May 7, 2008

Boh... ada umphh!!


Komik AliensMustDie dah beberapa hari tersiar, ada baki komik yang perlu aku settlekan lagi. Dalam masa yang sama ada urusan lain perlu diselesaikan. Nasib baik Macbook Pro ada untuk menyelamatkan keadaan dan dateline kerja yang ketat. Minggu lepas dalam perjalanan balik ke kampung di Teluk Intan, aku sekeluarga sempat singgah ke air terjun Lata Kinjang dan seterusnya ke Cameron Highland. Tempat percutian yang popular dengan tanaman teh, strawberi, sayuran dan pemandangan yang cantik. Namun suasana dan cuacanya sudah agak berbeza. Suhunya sudah tak berapa sejuk berbanding tahun 80'an dulu (kira Genting Highland lagi sejuk la). Mungkin penangan pemanasan global atau aktiviti manusia itu sendiri yang kurang prihatin terhadap alam sekitar. Harga barangan juga sudah agak mahal sedikit, tapi sempat gak la beli buah tangan bawak balik KL. Tapi apapun percutian itu tetap meninggalkan seribu memori yang indah buat kami sekeluarga.