Monday, January 6, 2014

Salam 2014



Selamat datang 2014. Seperti biasa ramai yang memasang azam pada tahun baru. Ramai juga yang semakin bertambah usianya. Aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menikmati segala kurniaan-Nya. Semoga kita semua dilimpahi kekayaan, kejayaan, kebahagiaan, kesihatan dan keberkatan selalu dalam hidup kita.

Sudah sebulan komik terbaru aku Musafir vs Ninja, tersiar di dada akhbar Kosmo! (dan masih bersiaran). Kisah kali ini agak berbeza sedikit, terlalu banyak imaginasi dan fantasi yang mungkin tidak dapat diterima oleh sesetengah pembaca. Sejujurnya aku tidak dapat memuaskan hati semua orang. Aku cuba berkarya seikhlas mungkin. Aku harap korang enjoy membacanya!!