Sunday, August 23, 2009

Selamat Berpuasa

Aku nak cerita pasal satu magazine terbitan Kumpulan Akhbar Watan Sdn. Bhd sekitar tahun 1995-1997 bc dahulu kala. Mungkin ada yang pernah ternampak mag ni, nama dia Gado-Gado. Kalu korang nak tau kat Gado-Gado nilah komik pertama aku terbit. Gado-Gado ni konsep dia kiranya 2 in 1 la, sebab dalam mag humor ni terselit satu komik serius kat tengah-tengahnya. Tak banyak pun dalam 12 page je. Masa tu aku guna nama Rodzi (pastu baru guna nama Cron sempena nama satu karektor komik aku yang pernah kena rejek dulu). Dan dari situlah perjalanan seni aku bermula.

Masa tu layout pun tampal pakai cow gum lagi, skang dah canggih komputer amik alih suma keje tu. Masa tu aku buat komik aksi/sains fiksyen bertajuk VEX (musim 1 & 2). Seterusnya Fangora Highway, Mawar Irma Emas dan Pahlawan Lagenda. Komik Mawar Irma Emas tu aku pernah remake jadi tajuk Hexagon yang terbit kat mag Jom! (sekitar tahun 2005). Ini sempena menyambut anniversary yang ke 10 tahun pembabitan aku dalam arena perkomikan la kononnya. Pahlawan Lagenda plak tak sempat abih sebab mag dah kena stop!! Memang mendukacitakan, tapi itulah realiti kehidupan mag kt negaraku ini. Tapi ada gak yang survive dan masih bertahan hingga sekarang. Banyak nostalgia indah selama aku menimba ilmu kat Gado-Gado tu bersama kartunis2 hebat seperti Raz, Deen, Warih, Bad, Aburn, Onan, Not, Pian, Piza, Budin dan ramai lagi. Kalau la bleh back to the future kan best..