Sunday, August 23, 2009

Selamat Berpuasa

Aku nak cerita pasal satu magazine terbitan Kumpulan Akhbar Watan Sdn. Bhd sekitar tahun 1995-1997 bc dahulu kala. Mungkin ada yang pernah ternampak mag ni, nama dia Gado-Gado. Kalu korang nak tau kat Gado-Gado nilah komik pertama aku terbit. Gado-Gado ni konsep dia kiranya 2 in 1 la, sebab dalam mag humor ni terselit satu komik serius kat tengah-tengahnya. Tak banyak pun dalam 12 page je. Masa tu aku guna nama Rodzi (pastu baru guna nama Cron sempena nama satu karektor komik aku yang pernah kena rejek dulu). Dan dari situlah perjalanan seni aku bermula.

Masa tu layout pun tampal pakai cow gum lagi, skang dah canggih komputer amik alih suma keje tu. Masa tu aku buat komik aksi/sains fiksyen bertajuk VEX (musim 1 & 2). Seterusnya Fangora Highway, Mawar Irma Emas dan Pahlawan Lagenda. Komik Mawar Irma Emas tu aku pernah remake jadi tajuk Hexagon yang terbit kat mag Jom! (sekitar tahun 2005). Ini sempena menyambut anniversary yang ke 10 tahun pembabitan aku dalam arena perkomikan la kononnya. Pahlawan Lagenda plak tak sempat abih sebab mag dah kena stop!! Memang mendukacitakan, tapi itulah realiti kehidupan mag kt negaraku ini. Tapi ada gak yang survive dan masih bertahan hingga sekarang. Banyak nostalgia indah selama aku menimba ilmu kat Gado-Gado tu bersama kartunis2 hebat seperti Raz, Deen, Warih, Bad, Aburn, Onan, Not, Pian, Piza, Budin dan ramai lagi. Kalau la bleh back to the future kan best..









8 comments:

Kito said...

Assalamualaikum abg Cron..Lama tak dengar citer..Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 52 tahun...And Happy fasting...Abg meh lah buat lawatan sambil komen sikit kat artwork saya...

cronstudio said...

Kito..
Waalaikumsalam...Selamat Hari Merdeka & Berpuasa buat Kito juga. So marilah sama2 kita melawat artwork Kito..mariiii....

akuribena said...

waaa tak sangka bro kat sini ek....

lama x denga citer :)

saya dedulu suka pi Gado2 opis tu...

baca komik bro la apa lagi ahak ahak ahak

:p

cronstudio said...

akuribena...
Wah! En.Ribena rupenya, amacam bisnes ada bagus..
aku masih disini setia berkarya selagi termampu...

sofian ishak said...

Hahahaha.... Gado Gado...

Apa crita Abg Raz skrg? Ada kontek dia? Masih ada lgi ke atau... sbb denga dulu sakit...

cronstudio said...

Sofian ishak...
Gado-Gado..cinta kenangan silam

Dah lama lost kontek ngan abe Raz, tatau la dia sihat lagi ke dak. Mudah2an pjg umur...

zehe said...

Semua siri crite VEX saya cabut dari majalah Gado-Gado dan simpan dalam satu sampul besar. Gado-gado tu dh xtau ke mana. Tapi VEX, mmg saya simpan!

cronstudio said...

Zehe...
Tahniah kerana anda berjaya menyimpan sebuah khazanah yg amat berharga...
susah nk dpt dh tu..
and thanks 4 ur support bro!!