Monday, April 28, 2008

Makan Apple

Alhamdulillah...setelah sekian lama berusaha dengan penuh kesabaran akhirnye pada Jumaat lepas (25/4/08) secara rasminye aku telah berjaya memiliki laptopku yang pertama: Macbook Pro 15.4"(OS X v10.5.2, 2.4GHz,Intel Core 2 Duo, Nvidia). Biarpun kosnya boleh dianggap gile dan membazir bagi sesetengah orang, tapi kepuasan dari segi kualiti dan hasil kerjanya adalah lebih penting bagi aku. Ia juga merupakan sebahagian daripada impianku selama ini. Mac mini (first generation) yang kumiliki 3 tahun lepas masih tetap gagah bekerja untukku. Cuma kadangkala aku perlukan sebuah mesin yang dapat membantuku takala aku sibuk bergerak kehulu-kehilir dengan pelbagai urusan. Diwaktu yang sama kerja-kerja komik dan grafik aku masih dapat diselesaikan mengikut dateline nya. Kini aku bebas untuk berkarya dimana saja dan pastinya ia akan menambah semangatku untuk berkarya dan menerobos dunia IT dengan lebih mendalam lagi.

No comments: