Wednesday, May 20, 2009

War Zone


Tiga pat bulan kebelakangan ni jadual keje aku kat opis memang padat giler. Bulan ni pulak merupakan kemuncaknya (ceh bunyi cam AF7 plak) bagi pelbagai kompeni untuk menerbitkan buku Annual Report@Laporan Tahunan masing-masing. Aku yang dok line advertising nih memang fobia nak melayan menda-menda nih. Hilang selera hidup, tiada perasaan setiap kali nak pegi opis, tekanan mental dan fizikal, sikap client yang super duper cerewet, masalah teknikal, design kena best biarpun dalam keadaan tertekan dan kesuntukan masa. Kekurangan waktu bersantai, sosial dan privacy. Rasa cam dah tak larat nak layan suma menda nih. Tapi kenangkan tanggungjawab yang sedia ada, terpaksalah berkorban jiwa dan raga. Aku nak berkarya pun sering terbantut. Balik umah pun power dah tinggal 2-3 percen je... ala-ala lampu merah kat dada Ultraman yang dah bekelip-kelip mintak di charge balik. Arrghhhh!!! Untuk menghilangkan tekanan layan jelah artwork lama aku (karektor Jimi dari komik Rollinstonez) yang penah kuar kat magazine Jom! terbitan Karangkraf, di zaman kegemilangannya dahulu kala.

7 comments:

Ki To said...

Wah cun lah...Detail artwork abg cron...Huargghh,memalam camnih tak tau nak buat apo?

RABUN said...

yup! apa apa pon buat komik jugak yg best kan...layan jer...tension tension jugak bro janji teruskan bekarya he he

cronstudio said...

Kito...
Mekasih..nilah hasil penangan berjaga memalam nak kejar dateline.

Indra Qirana..
Betul..betull... buat komik itu amat lazat rasanya, sukar untuk dilupakan...

Unknown said...

Huih berubah betul ko punya ROLLINSTONEZ. rindu gak kat komik tu. namun rezeki tak panjang...

cronstudio said...

Niezam...
Sesekali layan bikers lak bro..
Napelah agaknya jangka hayat penerbitan komik kat M'sia nih pendek2 belaka...huhuhu

Anonymous said...

Sila klik http://komikmelayu.blogspot.com/ TQ

cronstudio said...

Best!! Blog yang menarik dan berinfomasi.