Wednesday, July 23, 2008

Malang tak berbau


Pada hari Rabu 23 Julai 2008, satu kejadian yang tak disangka telah berlaku. Rumah aku telah dimasuki sipencuri jahanam. Habis segala barang berharga kena kebas, rumah bersepah, grill pintu terkopak. Nasib baiklah pencuri tu buta IT. Laptop Macbook Pro, Macmini dan segala keperluan kerja aku tak dikebasnya. Kalau tak haru aku, banyak job penting yang dalam pembikinan ada kat dalam tu. Kamera digital Olympus aku pun sempat dirembat. Tapi yang paling penting seluruh keluarga aku selamat, alhamdulillah. Sebab kejadian berlaku pada waktu pejabat. Orang lain sibuk cari rezeki halal, sisetan mat pet kutuk mampuslah kau kena langgar lori nih pulak sibuk masuk dalam rumah aku. Bila aku pertikaikan  apa fungsi kerja pak guard yang aku bayar mahal kat kawasan perumahan aku nih, berbagai alasan diorang bagi. Yang aku tak puas hati tu, siap presiden ngan AJK persatuan penduduk pun backing pak guard ni jugak. Apa diorang nih ada komplot ke hape. Bukan nak tolong orang yang teraniaya cam aku nih. Memang dah banyak kejadian kecurian motor, kasut, pecah rumah berlaku. Tapi fungsi keselamatan dan tindakan persatuan penduduk tetap sama, hampeh. Duit yuran ahli kena bayar gak tiap tahun, kalau camni baik takyah masuk ahli. Lepas buat polis report, jabatan ala2 CSI datang buat kajian. Amik kesan cap cari, tangkap gambar tempat kejadian, cari bahan bukti dan bersoal jawab. Semuanya dalam siasatan, yang pasti segala harta benda yang hilang tu susah nak dapat balik. Aku kena lebih berwaspada lepas nih, mungkin mat pet tu pecah masuk secara rambang atau dah mark port mana yang bagus. Sedangkan rumah aku yang tinggi lampai nih pun setan tu bleh pecah masuk, apatah lagi rumah bawah. Tapi aku yakin semua ni ada hikmah yang tersembunyi. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui atas segala kejadian, dan semoga Dia membalas segala perbuatan jahat sipencuri ini. Aku sekeluarga harus bersabar, redha dan berdoa atas segala ujian yang berlaku. Hidup harus diteruskan. Biarpun ada rasa sedikit  kecewa dan sakit hati atas segala perbuatan tidak berhati perut manusia...

6 comments:

lieza said...

siannya..byk2 bersabar ye

Niezam said...

harap bersabar atas yang berlaku... semoga pencuri tu mampus... aku memang anti dengan diorang ni. errr... comic apa kat atas tu best gilerrr aaa! hint sikit.

issam omar said...

takpe sabo cron..sabo..semua tu dugaan... aku harap kejadian ni tak melemahkan semangat ko untuk terus berkarya..:)

cronstudio said...

lieza...
jutaan terima kasih diatas keperihatinan anda dan kerana sudi singgah ke blog ni.

niezam...
tengkiu2... marilah bersama kita membanteras jenayah..hiyaarkhh!! Itu komik Musafir musim pertama, dah kuar kt paper Kosmo. Musafir 2 bakal menyusul...

issam...
tengkiu bro.. memang dugaan nih membakar semangat juang aku utk terus berkarya dan membina kembali kekuatan fizikal, mental & ekonomi aku...

rahmanraof said...

bro aku suka artwork ko, pasal pencuri tu, azwan ali bg hadiah umrah sapa yg jumpa kereta dia, ko xnk bg ape2 ke klu jumpa..heheh...saje gurau..teruskan berkarya!!

cronstudio said...

Mekasih bebanyak sebab support karya tempatan...pasal pencurik tu kalu sesapa terjumpa, tolonglah belasah dia cukup2..sampai dia insaf dan tak menyusahkan orang lain plak pas nie..hehehe