Saturday, June 7, 2008

Aliens berakhir...


Kini tamatlah sudah komik Aliens Must Die setelah bersiaran selama 30 siri. Sepanjang proses pembikinan komik itu, siri ke 26 hingga 30 merupakan proses yang cukup mencabar aku. Pelbagai rintangan, dugaan, fizikal, mental,emosi dan teknikal terpaksa aku lalui. Sehingga aku rasa cukup tertekan dan enggan meneruskan pembikinan komik tersebut. Sangat hebat dugaan itu hingga tak mampu kuceritakan disini. Tetapi aku kuatkan juga semangat dan azam sehingga akhirnya dapat juga aku tamatkan siri komik tersebut. Tahniah kepada diriku sendiri kerana berjaya mengharungi rintangan dalam meneruskan kerjaya komik ini. Dalam kehidupan kita seharian, kita juga pasti berdepan dengan pelbagai dugaan yang tak terduga. Seharusnya kita bijak mengawal emosi dan keadaan. Gunakan pertimbangan akal fikiran dan kebijaksanaan kita sepenuhnya dalam membuat sebarang tindakan dan keputusan. Alangkah ruginya sekiranya kita hanya menurut telunjuk emosi dan hawa nafsu yang bakal menjerumus kita ke alam kehampaan dan kekecewaan. 

5 comments:

azhar said...

best komik ni!

saya suka..takkan dah abesh dah kut..waaaaaaaaaaaaaaaa!!!

nak lagi!

btw..abe cron buat komik semua digital ke?

cronstudio said...

Tengkiu Azhar, ade rezeki bleh sambung lagi..tapi tatau bila. Proses bikin komik tu campur2. Sketch guna ink biasa, scan pastu baru kaler digital.

Kalamtimur said...

Ada cadangankah hendak letak artwork/komik lama semasa dengan Chatterz dan eZone dulu kat blog ni?

cronstudio said...

Memang ada niat nak letak artwork komik2 lama tu, tapi blum sempat lagi. Insya'allah...akan saya cuba usahakan. Terima kasih atas cadangan tu en. Kalamtimur...

RABUN said...

aku pon pelukis e zone dulu he heee