Friday, February 22, 2008

Membebel

Motivasi penting bagi aku untuk terus maintainkan semangatku dalam berkarya. Kadangkala suasana persekitaran dan orang disekeliling banyak mencorak perjalananku dalam berkarya. Ada masanya aku tertekan dengan pelbagai situasi yang sering menggagalkan usahaku untuk terus berkarya, sehingga aku sendiri rasa begitu kecewa untuk meneruskannya. Berhari malah berbulan melayan rasa. Cuba lebih fokus pula pada bidang graphic design. Namun cintaku pada komik begitu sukar dipisahkan. Aku kini kembali berjuang bukan untuk orang lain tetapi hanya untuk diriku sendiri.

Ada yang menyogok agar aku menjadi orang lain dalam berkarya. Perlu ditekankan disini, tidak perlu menjadi orang lain selagi kita bahagia dan yakin dengan karya kita sendiri biarpun dihimpit pelbagai kerenah manusia. Mungkin belum tiba waktunya untuk kebebasan, namun aku tetap aku dalam berkarya...

No comments: