Dah larut malam... bukan... dah pagi pun... tapi mata tak ngantuk lagi... padahal esok nak keje nih... konon tadi nak menconteng kejap je... terus leka melayan karektor Dafi dari komik Alien Must Die... sketch guna SketchBook Copic Edition + Photoshop...
Wednesday, March 12, 2014
Monday, January 6, 2014
Salam 2014
Selamat datang 2014. Seperti biasa ramai yang memasang azam pada tahun baru. Ramai juga yang semakin bertambah usianya. Aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menikmati segala kurniaan-Nya. Semoga kita semua dilimpahi kekayaan, kejayaan, kebahagiaan, kesihatan dan keberkatan selalu dalam hidup kita.
Sudah sebulan komik terbaru aku Musafir vs Ninja, tersiar di dada akhbar Kosmo! (dan masih bersiaran). Kisah kali ini agak berbeza sedikit, terlalu banyak imaginasi dan fantasi yang mungkin tidak dapat diterima oleh sesetengah pembaca. Sejujurnya aku tidak dapat memuaskan hati semua orang. Aku cuba berkarya seikhlas mungkin. Aku harap korang enjoy membacanya!!
Saturday, September 14, 2013
Batman & Kerambit
Dah lama teringin nak lukih karektor Batman nih... baru skrg tercapai. Batman suka senjata tradisional Melayu cam Kerambit, dan belajar ilmu silat utk menentang segala kejahatan... peace yo!!
Monday, August 26, 2013
Wednesday, May 8, 2013
Friday, January 11, 2013
DuaRibuTigaBelas
Semoga tahun 2013 nih akan memberi lebih Kekayaan, Kejayaan, Keberkatan, Kesihatan dan Kebahagiaan kepada kita. Teruskan usaha dan azam yang belum tercapai dari tahun2 lepas. Jangan lupa untuk berSyukur dengan apa yang kita ada. Teruskan berDoa, berUsaha, Istiqamah dan berTawakal...
Thursday, December 13, 2012
Shopping
Baru lepas borong komik Wolverine di Big Bad Wolf Book Sale kat MIECC... memang mabuk buku kat sana i tell you...
Monday, November 5, 2012
Friday, August 24, 2012
Aidilfitri Ipad Sketch
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Begitu pantas masa berlalu. Jadi sementara menunggu lemang masak, aku capai Ipad dan terus menconteng sesuatu. Maka terhasillah aksi Pendekar Semerah Padi dan Wolverine.
Sebenarnya ini merupakan satu eksperimen baru buatku. Berkarya diatas tablet, seni gajet terkini memang hebat penangannya. Satu medium alternative yang canggih dan praktikal buat si kaki conteng. Namun keindahan berkarya menggunakan pen, pensil, berus dan kertas yang sebenar masih terasa mengasyikkan. Tepuk dada tanya selera...
Tuesday, May 29, 2012
Wolverine Sketch
Lantaran pelbagai kesibukan duniawi, baru hari ini aku berpeluang untuk memblog. Kerinduan aku nak berkarya juga tidak dapat ku bendung lagi. Lantas aku capai mouse imac kat opis aku nih dan terus menconteng. Karektor Wolverine pujaanku pun menjelma...
Sunday, March 25, 2012
Friday, January 27, 2012
Gong Xi Fa Cai
Tuesday, January 10, 2012
duaribudoblas
Wednesday, November 16, 2011
11.11.11

Tarikh unik ini seakan ditunggu oleh ramai orang diseluruh dunia. Ada yang bertunang atau melangsungkan perkahwinan hari tu. Ibubapa yang dapat anak pada tarikh ini jugak amat gembira, sebab senang nak ingat birthday anak mereka.
Tapi berbeza lak ngan aku. Pada tarikh ini jugaklah merupakan penamat riwayat Macbook Pro 15" aku. Agaknya laptop nih terlalu sedih sebab kehilangan pencipta dan pengasas Apple Inc, iaitu mendiang Steve Jobs (1955-2011) seorang genius dan pencipta revolusi dalam bidang IT. Beliau meninggal akibat penyakit kanser.
Setelah berkhidmat kepada aku sejak 2008 sehingga 2011, akhirnya aku terpaksa merehatkan Macbook Pro dalam rak studio aku. Siasatan ala CSI oleh pakar apple membuktikan, ianya berpunca dari Logic Board dalam laptop tu (Menda nih kira cam motherboard dlm PC tu lah) Jenis kalu nak repair kena tukar semua sekali, yang mana bakal merobek poket aku sebanyak RM2600...Huh biar betui bleh angkat satu lagi laptop nih.
Itulah nilai yang harus dibayar untuk satu teknologi yang canggih. Pakai tak sampai 3 tahun dah "kong"... kena beli baru... takan tiap 3 tahun sekali kena beli baru..?? Fenin..fenin... beli mahal-mahal pun bleh rosak gak.... nak try ASUS ke Toshiba...
Thursday, September 1, 2011
MerdekaRaya
Salam MerdekaRaya. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam diseluruh dunia. Istimewanya raya tahun ini, ianya dirayakan bersama Hari Kemerdekaan tanahair kita yang ke 54. Masih dalam mood raya so saya ucapkan Selamat Hari Raya...Maaf Zahir & Batin...
Sunday, July 31, 2011
Thursday, June 23, 2011
Akhirnya Aku Jutawan






Siri komik "Aku Jutawan" telah tamat bersiaran dalam paper Kosmo! sebanyak 60 siri. Tapi ada sedikit kesilapan teknikal berlaku dimana selepas siri 57, terus siri 59 disiarkan sebanyak dua kali. Ini bermakna siri 58 telah tercicir. Tapi nasib baik flow story tu tak lari sangat la & aku tak marah pun. Biasala kesilapan kecil kadangkala boleh berlaku dimana-mana.
So kat sini aku kasi tengok balik ending yang sepatutnya dalam siri komik Aku Jutawan tu, bermula dari siri 55 hingga 60.
Thursday, June 9, 2011
DragonNaga
Monday, May 9, 2011
Zombie Kak Limah
Subscribe to:
Posts (Atom)









































