![]() |
| Takde apa yag menarik sekadar sketch sebelum tidur.... |
Monday, November 5, 2012
Friday, August 24, 2012
Aidilfitri Ipad Sketch
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Begitu pantas masa berlalu. Jadi sementara menunggu lemang masak, aku capai Ipad dan terus menconteng sesuatu. Maka terhasillah aksi Pendekar Semerah Padi dan Wolverine.
Sebenarnya ini merupakan satu eksperimen baru buatku. Berkarya diatas tablet, seni gajet terkini memang hebat penangannya. Satu medium alternative yang canggih dan praktikal buat si kaki conteng. Namun keindahan berkarya menggunakan pen, pensil, berus dan kertas yang sebenar masih terasa mengasyikkan. Tepuk dada tanya selera...
Tuesday, May 29, 2012
Wolverine Sketch
Lantaran pelbagai kesibukan duniawi, baru hari ini aku berpeluang untuk memblog. Kerinduan aku nak berkarya juga tidak dapat ku bendung lagi. Lantas aku capai mouse imac kat opis aku nih dan terus menconteng. Karektor Wolverine pujaanku pun menjelma...
Sunday, March 25, 2012
Friday, January 27, 2012
Gong Xi Fa Cai
Tuesday, January 10, 2012
duaribudoblas
Wednesday, November 16, 2011
11.11.11

Tarikh unik ini seakan ditunggu oleh ramai orang diseluruh dunia. Ada yang bertunang atau melangsungkan perkahwinan hari tu. Ibubapa yang dapat anak pada tarikh ini jugak amat gembira, sebab senang nak ingat birthday anak mereka.
Tapi berbeza lak ngan aku. Pada tarikh ini jugaklah merupakan penamat riwayat Macbook Pro 15" aku. Agaknya laptop nih terlalu sedih sebab kehilangan pencipta dan pengasas Apple Inc, iaitu mendiang Steve Jobs (1955-2011) seorang genius dan pencipta revolusi dalam bidang IT. Beliau meninggal akibat penyakit kanser.
Setelah berkhidmat kepada aku sejak 2008 sehingga 2011, akhirnya aku terpaksa merehatkan Macbook Pro dalam rak studio aku. Siasatan ala CSI oleh pakar apple membuktikan, ianya berpunca dari Logic Board dalam laptop tu (Menda nih kira cam motherboard dlm PC tu lah) Jenis kalu nak repair kena tukar semua sekali, yang mana bakal merobek poket aku sebanyak RM2600...Huh biar betui bleh angkat satu lagi laptop nih.
Itulah nilai yang harus dibayar untuk satu teknologi yang canggih. Pakai tak sampai 3 tahun dah "kong"... kena beli baru... takan tiap 3 tahun sekali kena beli baru..?? Fenin..fenin... beli mahal-mahal pun bleh rosak gak.... nak try ASUS ke Toshiba...
Subscribe to:
Posts (Atom)




