Friday, February 22, 2008

Membebel

Motivasi penting bagi aku untuk terus maintainkan semangatku dalam berkarya. Kadangkala suasana persekitaran dan orang disekeliling banyak mencorak perjalananku dalam berkarya. Ada masanya aku tertekan dengan pelbagai situasi yang sering menggagalkan usahaku untuk terus berkarya, sehingga aku sendiri rasa begitu kecewa untuk meneruskannya. Berhari malah berbulan melayan rasa. Cuba lebih fokus pula pada bidang graphic design. Namun cintaku pada komik begitu sukar dipisahkan. Aku kini kembali berjuang bukan untuk orang lain tetapi hanya untuk diriku sendiri.

Ada yang menyogok agar aku menjadi orang lain dalam berkarya. Perlu ditekankan disini, tidak perlu menjadi orang lain selagi kita bahagia dan yakin dengan karya kita sendiri biarpun dihimpit pelbagai kerenah manusia. Mungkin belum tiba waktunya untuk kebebasan, namun aku tetap aku dalam berkarya...

Alien dah sampai

Aku skang tengah sibuk ngan projek komik baru aku, alienmustdie.com. Suma karektor ngan plot crita dah ready, apa lagi mengganaz la wa pasnih... harap2 bleh cepat siap dan submit kat penerbit. Bukan apa aku pun cam korang gak, semangat dan fokus kekadang cam roller-coaster.

Wednesday, February 20, 2008

Exotique 3

Kejadian berlaku di Basheer Bookstore, kehadiran Exotique 3 terbitan Ballistic menggoda dompetku untuk dikeringkan. Aku tidak berdaya melawan gelora batinku lantas segera memilikinya, biarpun terpaksa berdepan dengan seribu ikatan perut yang harus dilalui sepurnama ini... Isi kandungannya penuh ngan illustrasi tahap Mirmo Zibang. Himpunan artis digital dan 3D terbaik seluruh dunia.

Terbongkar rahsia

Bebaru nih aku sempat rembat satu buku yang menarik kat Border. Tajuknye The Artist Within: Potrait of Cartoonist, comic book artist, animator and others oleh Greg Preston, sorang mamat photographer. Yang bestnye aku dapat tengok studio kerja artis2 kegemaranku cam Mike Mignola, Frank Cho, Marc Silvestri, Alex Ross, Moebius, Jack Kirby pun ade dan ramai lagilah. Bleh usha apa yg artis tu minat, peralatan melukis, rujukan, personaliti, jenis celik IT ke tak dan memacam lagilah. Dari situ aku dapat semangat baru untuk terus berkarya dan upgrade suasana studio comel aku nih.