Sunday, March 29, 2009

Pahlawan Terbilang

Satu lagi projek komik terbaru aku. Masih lagi bertemakan dunia kependekaran dan segala macam pahlawan. Mungkin publish dalam tahun ni gak, aku pun tak pasti lagi. So tunggu ajela...

Friday, February 27, 2009

Bencana alam

Kenapa aku pilih artikel berita dari Harian Metro nih? Bukannya sensasi sangat pun storynya. Jawapannya... yaa!! Sekali lagi, semalam  aku digemparkan dengan berita hangat buat diri aku sendiri. Kalau sebelum nih aku berjaya mentatookan moto aku sendiri, kini giliran keta Myvi aku plak. Bukan aku tapi sebatang pokok yang dah tahap otai berjaya menimpanya sewaktu hujan ribut petang semalam, seterusnya berjaya mengglamerkan dirinya supaya satu Malaya tau apa dah jadi. Kira teruk gak la body keta tu pecah+kemek+patah+calar sana sini. Paling leceh kena naik turun tangga pelbagai jabatan buat report sana sini untuk settlekan kes aku nih. Pastu nak kena hantar workshop lagi...tensen tul. Sabo ajela aku...huhuhu...

Tuesday, February 24, 2009

Diari Seorang Remp-It


Lama dah tak update blog nih... biasala terlalu banyak urusan duniawi yang terpaksa dibuat. Sehingga menimbulkan banyak lemak kemalasan di mindaku. Lagipun aku baru je baik dari accident. Ya!!  Aku telah berjaya mempraktikkan segala ilmu rempit maksima yang pernah aku tonton di kaca tv & layar lebar, sekali gus mentatookan motor, tangan dan kaki kananku dengan segala macam corak ganaz buat tontonanku dimasa hadapan...

Friday, December 26, 2008

Back to the Future








Kali ini aku nak berkongsi artwork lama aku masa berkarya kat Arena 2000, sekitar tahun 2002 dulu. Arena 2000 terbitkan banyak komik cam Aku & Sesuatu, Desperado, TnT, Chatters, Lalaq, Kartini, Buletin Lubuk dan Malim Pelita. Masa tu aku bersama kartunis Jakall telah bergabung menghasilkan komik Chatters. Satu trend baru masa tu dimana 2 atau 3 kartunis bergabung menghasilkan satu komik. Walaupun komik Chatters itu mendapat sambutan tapi hanya mampu bertahan sebanyak 2 isu je... kesian tul. Banyak kenangan pahit & manis selama berkarya kat situ yang sukar dilupakan. Sapa yang penah join sana tau laa... Apa yang penting dalam komik Chatters tu aku menghasilkan komik bertajuk Kirin Gaya, Irrana dan Showdown (loose satu muka). 

Tak lama pastu aku join Aie Productions, milik kartunis hebat dan sensasi, Aie. Komik pendek Kirin Gaya tu aku sambung jadi komik bersiri bertajuk Double dan diterbitkan dalam komik Aku & Sesuatu serta AIE (Alternative Indie Entertainment). Manakala komik Irrana diteruskan dalam komik terhangat masa tu, Aku & Sesuatu.

Sunday, November 2, 2008

Musafir gothic muay thai..


Susah btui nak upload gambar nih, berjam-jam mencuba baru bleh... tensen duh!!

Friday, October 31, 2008

Musafir new stylo..


Takde ape yang menarik kebelakangan nih selain jemputan open house, keje dan trip ke Kedah atas urusan keluarga. Pekena ikan bakar kt Tanjung Dawai dan paling best pekena jambu batu cicah kuah rojak kacang Makcik Bee...memang power kuah dia. Nyesal plak beli sikit je haritu, xpe lain kali borong je terus kt kilang dia:)  Kelam kabut gak nak menyettlekan komik ngan masa yang agak terhad, tapi semangat tetap kuat. Kali ni aku nak try stylo lain skit, lebihkan skit stroke b/w. Saje nk eksperimen, tgk efek kuar kat paper camne...

Tuesday, October 7, 2008

Musafir 2 kembali berkelana...


Salam Aidilfitri buat semua umat Islam. Dah seminggu tapi bahang raya masih dirasai, cukupkan sebulan beraya beb baru puas ati. Tahun ni aku raya kat KL je...tahun depan barulah raya sakan kt kg Teluk Intan. Rindu rasanya nak bersalaman dan bermaafan ngan kedua arwah orang tua aku, semoga roh mereka dicucuri rahmatNYA selalu..aminn. Dah dua hari siri komik Musafir #2 tersiar di paper Kosmo. Kali ni Musafir merantau hingga ke Siam, belajar Muay Thai dan menempuh berbagai pertarungan sengit. Siri kedua ini aku lebih menumpukan pada adegan aksi dan pertarungan yang lebih panjang...harap-harap pembaca akan terhibur dan enjoy. Pun begitu unsur2 nasihat dan teladan tetap tidak diabaikan. Kalau ada kekurangan harap dimaafkan...Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin buat semua...