Friday, January 27, 2012

Gong Xi Fa Cai


Happy Chinese New Year... sempena Tahun Naga ni kompeni bagi cuti seminggu kat kitorang. Bleh mabuk cuti aku cam nih...

Tuesday, January 10, 2012

duaribudoblas


Aku hepi hari ni sebab Macbook Pro aku dah pulih seperti sediakala, setelah dua bulan terlantar sakit. Seorang doktor pakar telah berjaya mengobatinya dengan kos yang jauh lebih rendah daripada doktor Apple Service Center (cam langit ngan bumi). Moga panjang umur MBP...yearghhh!!

Wednesday, November 16, 2011

11.11.11


Tarikh unik ini seakan ditunggu oleh ramai orang diseluruh dunia. Ada yang bertunang atau melangsungkan perkahwinan hari tu. Ibubapa yang dapat anak pada tarikh ini jugak amat gembira, sebab senang nak ingat birthday anak mereka.

Tapi berbeza lak ngan aku. Pada tarikh ini jugaklah merupakan penamat riwayat Macbook Pro 15" aku. Agaknya laptop nih terlalu sedih sebab kehilangan pencipta dan pengasas Apple Inc, iaitu mendiang Steve Jobs (1955-2011) seorang genius dan pencipta revolusi dalam bidang IT. Beliau meninggal akibat penyakit kanser.

Setelah berkhidmat kepada aku sejak 2008 sehingga 2011, akhirnya aku terpaksa merehatkan Macbook Pro dalam rak studio aku. Siasatan ala CSI oleh pakar apple membuktikan, ianya berpunca dari Logic Board dalam laptop tu (Menda nih kira cam motherboard dlm PC tu lah) Jenis kalu nak repair kena tukar semua sekali, yang mana bakal merobek poket aku sebanyak RM2600...Huh biar betui bleh angkat satu lagi laptop nih.

Itulah nilai yang harus dibayar untuk satu teknologi yang canggih. Pakai tak sampai 3 tahun dah "kong"... kena beli baru... takan tiap 3 tahun sekali kena beli baru..?? Fenin..fenin... beli mahal-mahal pun bleh rosak gak.... nak try ASUS ke Toshiba...

Thursday, September 1, 2011

MerdekaRaya



Salam MerdekaRaya. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam diseluruh dunia. Istimewanya raya tahun ini, ianya dirayakan bersama Hari Kemerdekaan tanahair kita yang ke 54. Masih dalam mood raya so saya ucapkan Selamat Hari Raya...Maaf Zahir & Batin...

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan 1432 Hijrah

Salam Ramadhan buat semua umat islam. Puasa betui-betui aaaa...

Thursday, June 23, 2011

Akhirnya Aku Jutawan







Siri komik "Aku Jutawan" telah tamat bersiaran dalam paper Kosmo! sebanyak 60 siri. Tapi ada sedikit kesilapan teknikal berlaku dimana selepas siri 57, terus siri 59 disiarkan sebanyak dua kali. Ini bermakna siri 58 telah tercicir. Tapi nasib baik flow story tu tak lari sangat la & aku tak marah pun. Biasala kesilapan kecil kadangkala boleh berlaku dimana-mana.

So kat sini aku kasi tengok balik ending yang sepatutnya dalam siri komik Aku Jutawan tu, bermula dari siri 55 hingga 60.

Thursday, June 9, 2011

DragonNaga










Untuk mencapai segala apa yang kita impikan, banyak pengorbanan harus dilakukan. Masa, tenaga dan wang ringgit. Lagi besar impian itu, lagi banyak cabaran yang harus dihadapi. Selagi kita kekal fokus dan positif, insyaallah pasti berjaya.