Friday, January 28, 2011

Musafir






Ini merupakan siri pengenalan, komik Musafir yang pernah tersiar di akhbar Kosmo! tidak lama dahulu...Layannn...jangan malu-malu...

Saturday, January 1, 2011

2011


Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua. Semoga tahun ini akan membawa banyak kejayaan, kekayaan, kebahagiaan, kesihatan dan keberkatan kepada kita semua. Azam aku tahun ni nak cepat jadi ...*uhuk* jutawan*uhuk*...ehem...

Wednesday, November 24, 2010

Tuesday, November 2, 2010

Mereka dan impian mereka

Aku sedang menyettingkan diri aku dari anasir-anasir negatif cam bermalas-malasan, berlengah-lengahan, bersantai-santaian dan segala macam pesta muda-mudi di alaf ini. Sebabnye aku nak fokus bikin komik terbaru aku yang bertemakan topik yang semua orang suke dengar... impian untuk bergelar jutawan! Semoga aku berjaya settlekan komik ini sepantas kilat..poyozzz!!

Sunday, September 26, 2010

Mari membaca




Akhirnya buku yang aku tunggu2 selama ini sudah berada didepan mataku, Cover Run: The DC Comics Art of Adam Hughes dan Tony Harris: Art & Skulduggery. Adam Hughes memang artis komik faberet aku, dia punye lukeh awek memang power giler, bleh gugur jantung. Setebal 208 page (hardcover) tapi suma karektor dari komik DC jer (hampeh) cam Wonder Women, Catwoman, Batman dll... Tomb Raider takder...uwaaaa.

Tony Harris pun hebat orangnya, banyak buat komik cam Starman, Ex-Machina, Obergiest, Conan dll. Walaupun tak follow sangat komik dia tapi saje aku collect artbook dia sebab hardcover setebal 312 page. Puas hati la... biar pun koyak-rabak poket aku kali nih..

Apapun thanks to Kinokuniya, KLCC. Servis korang memang best!!

Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada Jumaat, 10 September 2010,”....Selamat Hari Raya semuaaaaaa!!!


Monday, August 16, 2010

Salam Ramadhan

Komik "Aliens Must Die 2" dah lama tamat. Aku pun dah lama tak update blog nih. Bersempena bulan yang mulia nih (kebetulan birthday aku time posa, sabo jer lah) kat sini aku nak kongsi ending komik AMD2 buat tatapan semua. Semoga dapat alihkan sket pikiran tuh dari teringatkan makanan jer..hehehe...layanzz!!