Tuesday, May 11, 2010

Wajib Tayang


Dah dua hari komik aku kuar kat paper Kosmo! tapi dua2 agak gelap printingnya. Kira cam tak nampak suma objek la. Aku ni plak suke sgt guna kaler yg gelap2 bila kuar kt paper pun suma nampak gelap -gelita. Kat komputer je nampak ok sket... so aku kasi korang tgk balik situasi di awal cerita "Aliens Must Die #2" tu..

Monday, April 26, 2010

Angkasawan poyo


Keje melambak & bizi giler sejak kebelakangan nih. Kat opis, kat umah, kat angkasa lepas...letih dowhh...cuba merajinkan diri untuk update blog nih. Sedutan dari komik baru aku...layannn...

Friday, February 26, 2010

Fokus beb..

Beberapa minggu kebelakangan nih aku cuba fokus untuk buat komik baru. Biarpun banyak rintangan tapi aku anggap itulah asam-garam dalam pembikinan sesebuah karya komik. Bila nak siap sepenuhnya? Aku sendiri pun xleh nak jawab...

Friday, January 1, 2010

Heppi New Year


Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua. Semoga tahun ini akan bertambah kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup kita semua. Buka azam baru dan fokus. Bagi aku plak... aku akan cuba terus berkarya, memperbaiki segala kekurangan diri dan sentiasa berfikiran positif.

Thursday, November 19, 2009

100

Akhirnya komik Musafir siri ke 100 telah pun disiarkan dan semakin hampir ke penghujungnya. Musafir bakal berhadapan dengan abangnya sendiri. Fuhh... memang penat giler nak hasilkan komik harian nih tapi still enjoy. Maklum la waktu malam je dapat curi-curi masa untuk berkarya... huhuhu

Friday, October 16, 2009

Saturday, September 26, 2009

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat islam dimana sahaja anda berada. Semoga berbahagia dan bergembira di hari kemenangan ini. Harapan agar segala amalan & kebaikan disepanjang bulan Ramadan dapat diteruskan & diamalkan dalam kehidupan kita seharian. Sayangilah mereka yang ada disekeliling kita & perbanyakkanlah doa buat mereka yang telah tiada. Semoga hidup kita akan sentiasa diberkati di dunia & di Akhirat.