Beberapa minggu kebelakangan nih aku cuba fokus untuk buat komik baru. Biarpun banyak rintangan tapi aku anggap itulah asam-garam dalam pembikinan sesebuah karya komik. Bila nak siap sepenuhnya? Aku sendiri pun xleh nak jawab...
Friday, February 26, 2010
Fokus beb..
Beberapa minggu kebelakangan nih aku cuba fokus untuk buat komik baru. Biarpun banyak rintangan tapi aku anggap itulah asam-garam dalam pembikinan sesebuah karya komik. Bila nak siap sepenuhnya? Aku sendiri pun xleh nak jawab...
Friday, January 1, 2010
Heppi New Year
Thursday, November 19, 2009
100
Friday, October 16, 2009
Saturday, September 26, 2009
Salam Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat islam dimana sahaja anda berada. Semoga berbahagia dan bergembira di hari kemenangan ini. Harapan agar segala amalan & kebaikan disepanjang bulan Ramadan dapat diteruskan & diamalkan dalam kehidupan kita seharian. Sayangilah mereka yang ada disekeliling kita & perbanyakkanlah doa buat mereka yang telah tiada. Semoga hidup kita akan sentiasa diberkati di dunia & di Akhirat.
Sunday, August 23, 2009
Selamat Berpuasa
Aku nak cerita pasal satu magazine terbitan Kumpulan Akhbar Watan Sdn. Bhd sekitar tahun 1995-1997 bc dahulu kala. Mungkin ada yang pernah ternampak mag ni, nama dia Gado-Gado. Kalu korang nak tau kat Gado-Gado nilah komik pertama aku terbit. Gado-Gado ni konsep dia kiranya 2 in 1 la, sebab dalam mag humor ni terselit satu komik serius kat tengah-tengahnya. Tak banyak pun dalam 12 page je. Masa tu aku guna nama Rodzi (pastu baru guna nama Cron sempena nama satu karektor komik aku yang pernah kena rejek dulu). Dan dari situlah perjalanan seni aku bermula.
Masa tu layout pun tampal pakai cow gum lagi, skang dah canggih komputer amik alih suma keje tu. Masa tu aku buat komik aksi/sains fiksyen bertajuk VEX (musim 1 & 2). Seterusnya Fangora Highway, Mawar Irma Emas dan Pahlawan Lagenda. Komik Mawar Irma Emas tu aku pernah remake jadi tajuk Hexagon yang terbit kat mag Jom! (sekitar tahun 2005). Ini sempena menyambut anniversary yang ke 10 tahun pembabitan aku dalam arena perkomikan la kononnya. Pahlawan Lagenda plak tak sempat abih sebab mag dah kena stop!! Memang mendukacitakan, tapi itulah realiti kehidupan mag kt negaraku ini. Tapi ada gak yang survive dan masih bertahan hingga sekarang. Banyak nostalgia indah selama aku menimba ilmu kat Gado-Gado tu bersama kartunis2 hebat seperti Raz, Deen, Warih, Bad, Aburn, Onan, Not, Pian, Piza, Budin dan ramai lagi. Kalau la bleh back to the future kan best..






Sunday, July 19, 2009
Step by Step
Sesekali saje nak kongsi sket camne cara aku bikin karektor Musafir selain nak kasi hidup blog nih..hehe. Komik Musafir# 3 nih masih boley di follow kat paper Kosmo! setiap hari. Aku pun tatau la step aku nih betul ke tak, tapi aku tengok camni la pelukis komik lain buat. Maklum la aku belajar pun pakai main redah je. Kalau salah tu tolong-tolong la tegur. Aku budak baru belajar...
Step 1 : Memula cari idea & sketch guna pensil Faber Castell 3B
Step 2 : Pastu masukkan ink guna Artline 210-medium 0.6
Step 3 : Lepas scan, cari kaler yang sesuai kat Photoshop
Step 4 : Masukkan kaler
Step 5 : Letak logo & siap dah!!
Subscribe to:
Posts (Atom)









