Tuesday, June 30, 2009

Kembali bertempur


Siri komik Musafir 3 secara rasminya telah bersiaran didada akhbar Kosmo! hari ni. Musafir kembali berkelana demi mencari ilmu didada. Ini telah membawanya mengembara ke serata pelusuk benua. Dia terpaksa menempuh bermacam rintangan termasuk bertempur dengan pelbagai jenis Transformers...eh! silap... pendekar daa. Wachaaaa!!

Tuesday, June 9, 2009

Satu Perjuangan


Musim cuti sekolah muncul kembali. Inilah masanya untuk membawa anak-anak dan keluarga berjalan-jalan, mandi- manda, balik kampung dan sebagainya sambil merehatkan minda seketika. Bila ada kesempatan aku pun mulalah menconteng karektor Musafir yang sedang bersiap sedia untuk bertarung menentang ratusan musuh-musuhnya yang datang untuk mencabut nyawanya. Pantang pahlawan Melayu berundur, ayuh bersedialah untuk kematian kalian semua...hiyaaarrkkhh!!

Wednesday, May 20, 2009

War Zone


Tiga pat bulan kebelakangan ni jadual keje aku kat opis memang padat giler. Bulan ni pulak merupakan kemuncaknya (ceh bunyi cam AF7 plak) bagi pelbagai kompeni untuk menerbitkan buku Annual Report@Laporan Tahunan masing-masing. Aku yang dok line advertising nih memang fobia nak melayan menda-menda nih. Hilang selera hidup, tiada perasaan setiap kali nak pegi opis, tekanan mental dan fizikal, sikap client yang super duper cerewet, masalah teknikal, design kena best biarpun dalam keadaan tertekan dan kesuntukan masa. Kekurangan waktu bersantai, sosial dan privacy. Rasa cam dah tak larat nak layan suma menda nih. Tapi kenangkan tanggungjawab yang sedia ada, terpaksalah berkorban jiwa dan raga. Aku nak berkarya pun sering terbantut. Balik umah pun power dah tinggal 2-3 percen je... ala-ala lampu merah kat dada Ultraman yang dah bekelip-kelip mintak di charge balik. Arrghhhh!!! Untuk menghilangkan tekanan layan jelah artwork lama aku (karektor Jimi dari komik Rollinstonez) yang penah kuar kat magazine Jom! terbitan Karangkraf, di zaman kegemilangannya dahulu kala.

Sunday, March 29, 2009

Pahlawan Terbilang

Satu lagi projek komik terbaru aku. Masih lagi bertemakan dunia kependekaran dan segala macam pahlawan. Mungkin publish dalam tahun ni gak, aku pun tak pasti lagi. So tunggu ajela...

Friday, February 27, 2009

Bencana alam

Kenapa aku pilih artikel berita dari Harian Metro nih? Bukannya sensasi sangat pun storynya. Jawapannya... yaa!! Sekali lagi, semalam  aku digemparkan dengan berita hangat buat diri aku sendiri. Kalau sebelum nih aku berjaya mentatookan moto aku sendiri, kini giliran keta Myvi aku plak. Bukan aku tapi sebatang pokok yang dah tahap otai berjaya menimpanya sewaktu hujan ribut petang semalam, seterusnya berjaya mengglamerkan dirinya supaya satu Malaya tau apa dah jadi. Kira teruk gak la body keta tu pecah+kemek+patah+calar sana sini. Paling leceh kena naik turun tangga pelbagai jabatan buat report sana sini untuk settlekan kes aku nih. Pastu nak kena hantar workshop lagi...tensen tul. Sabo ajela aku...huhuhu...

Tuesday, February 24, 2009

Diari Seorang Remp-It


Lama dah tak update blog nih... biasala terlalu banyak urusan duniawi yang terpaksa dibuat. Sehingga menimbulkan banyak lemak kemalasan di mindaku. Lagipun aku baru je baik dari accident. Ya!!  Aku telah berjaya mempraktikkan segala ilmu rempit maksima yang pernah aku tonton di kaca tv & layar lebar, sekali gus mentatookan motor, tangan dan kaki kananku dengan segala macam corak ganaz buat tontonanku dimasa hadapan...

Friday, December 26, 2008

Back to the Future








Kali ini aku nak berkongsi artwork lama aku masa berkarya kat Arena 2000, sekitar tahun 2002 dulu. Arena 2000 terbitkan banyak komik cam Aku & Sesuatu, Desperado, TnT, Chatters, Lalaq, Kartini, Buletin Lubuk dan Malim Pelita. Masa tu aku bersama kartunis Jakall telah bergabung menghasilkan komik Chatters. Satu trend baru masa tu dimana 2 atau 3 kartunis bergabung menghasilkan satu komik. Walaupun komik Chatters itu mendapat sambutan tapi hanya mampu bertahan sebanyak 2 isu je... kesian tul. Banyak kenangan pahit & manis selama berkarya kat situ yang sukar dilupakan. Sapa yang penah join sana tau laa... Apa yang penting dalam komik Chatters tu aku menghasilkan komik bertajuk Kirin Gaya, Irrana dan Showdown (loose satu muka). 

Tak lama pastu aku join Aie Productions, milik kartunis hebat dan sensasi, Aie. Komik pendek Kirin Gaya tu aku sambung jadi komik bersiri bertajuk Double dan diterbitkan dalam komik Aku & Sesuatu serta AIE (Alternative Indie Entertainment). Manakala komik Irrana diteruskan dalam komik terhangat masa tu, Aku & Sesuatu.